KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON RANTAU ABANG

Tarikh kejohanan pada 1hb Mac 2013 bertempat di Padang SK Tanjung Pati. Keputusan awal SK Kuala Dungun mengalahkan pasukan SK Tanjung Pati dengan keputusan 1 - 0. Perlawanan kedua bertemu dengan SK Serdang, keputusan memihak kepada pasukan kami dengan kemenagan 1 - 0 mengatasi SK Kuala Abang.

Keesokan harinya kami bertemu dengan SK Pulau Serai. Keangkuhan dan keyakinan pemain membawa padah dengan kekalahan yang agak teruk dengan SK Pulau Serai. Kekalahan 0 - 5 memberikan kami suatu pengajaran biarpun kami sebenarnya telah layak ke pusingan separuh akhir pada hari esoknya sebagai naib johan kumpulan A.

Perlawanan separuh akhir, SK Kuala Dungun sebagai naib johan kumpulan A akan bertemu dengan pasukan SK Seberang Dungun yang telah menjuarai kumpulan B. Perlawan sengit membawa sehingga ke sepakan penalti. Pasukan SK Seberang gagal menyempurnakan 2 dari lima sepakan dan seterusnya memberi peluang kemenangan kepada SK Kuala Dungun dengan kemenangan 4 - 3. Akhirnya kami layak keperlawanan akhir yang sekali lagi akan bertemu SK Pulau Serai Dungun.

Pada perlawanan akhir, SK Kuala Dungun telah bersedia dengan fizikal dan mental untuk bermain dengan bersungguh-sungguh biarpun kekalahan di pusingan awal di tangan SK Pulau Serai masih lagi mengganggu pemain-pemain kami. Namun perlawanan akhir telah mengubah rentak permainan kami. Kesungguhan pemain dan komitmen semua guru menyaksikan pasukan kami berjaya dengan cemerlang. Kami akhir berjaya menjadi johan pada kejohanan kali ini dengan mengalahkan pasukan SK Pulau Serai.

Tahniah kepada semua pemain dan gvuru-guru pengiring.Ustaz Khamsani, Ustaz Izaidie, Cikgu Tengku Mohd Fauzi, Cikgu Anuar dan lain-lain yang begitu komited menjalankan tugas dan tanggungjawab sehingga berjaya menipta kejayaan ini.

TAHNIAH!... MOGA KEJAYAAN INI SEBAGAI PERMULAAN UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR.....


Tiada ulasan: